Tuesday, May 4, 2010

Aku Redha Dirimu Pergi...Ayah

Assalammualaikum...

Today 05.05.2010. my very 1st day to work after the death of my daddy. memang susah nak turun bekerja setelah apa yang dilalui pada minggu lalu. tapi apakan daya, i'm working and i have to go to work, still. plus, boss di tempat kerja bukannya jenis yang memahami. baru 4 hari aku cuti rehat dah ngereco. bodoh punya boss. kalau diikutkan, hari ni pun keadaan badan aku bukannya sihat sangat. nak jugak apply cuti sakit, tapi bila ingat boss bodoh ya, malas nak cuti. kelak makin lah banyak nya ngereco. so fed up! well, i am not here to waste my time talking about the stupid boss. i am writing just to express myself here.

Before he left, there were many signs of him leaving. tapi mungkin kami sekeluarga tidak perasan. maklumlah, hari-hari bersua muka, manalah tahu keadaan akan jadi macam ni. arwah ayah menghidapi kanser NPC. short-form for Nasopharyngeal Carcinoma. it has something to do with the nose, throat and ear. memang dari dulu lagi (to be more specific) around 2005, arwah mempunyai masalah pendengaran. tetapi, arwah tidak pergi check-up. pada waktu itu, memang hidung arwah selalu mengeluarkan darah (bleeding) sikit-sikit. sebelum itu juga, arwah menghidap ulser perut. dah check dah kat hospital and then seems to sembuh. then, april 2007 selepas scan di Normah Medical Center, barulah kami sekeluarga dapat tahu akan penyakit kanser arwah. dah Stage 4. stage yang kritikal.

Then, me and mum bawak arwah pergi hospital untuk radiotherapy. sebelum tu, kami singgah di kedai Mee Sapi Hj. Salleh (kedai makan kegemaran arwah). kami bertiga makan mee sapi. then, we're off to send him. selepas treatment radiotherapy and continue with chemotherapy, tubuh badan arwah mulai susut. dan setiap kali selepas radiotherapy, kepalanya akan merasa panas. bak kata arwah macam rasa kepala Ghost Rider. arwah mmg suka berlawak dari kami kecil. pada waktu itu, aku sedang mengandungkan anak pertama ku. aku lah yang akan menyediakan air sejuk dan kain lap untuk ku lap2 kan bahagian kepalanya yang panas. dia akan berasa sedikit lega pabila aku buat begitu. sedih bila mengenangkannya.

tahun berganti tahun, keadaanya semakin teruk. arwah sudah tidak boleh makan nasi lagi. ataupun benda2 pejal. bubur dan benda2 lembut yang lain dia boleh makan. arwah amat suka memasak. sebab itulah di masa peringkat awal arwah masih memasak di kedai. sampailah ke satu tahap di mana dia tiba2 bleeding lagi dan pengsan ketika sedang memasak di kedai. sejak itulah, mak yang mengambil alih tugas2 di kedai. pada mulanya, memang mak sentiasa sedih dan tidak berdaya mahu meneruskan segalanya seorang diri. tapi aku tahu, demi adik2 dia tabahkan juga hatinya. arwah pula di rumah. menanggung seksa sakit. begitulah seterusnya tahun demi tahun. rawatan kemoterapi tetap diteruskan. tapi adakalanya arwah skip treatmentnya. dan baru2 ini, arwah baru balik berubat di Kuala Lumpur pada 3.4.2010. pembedahan secara batin. but, pembedahan ni memang tipu. so bagi sesiapa kat luar sana yang ada niat nak g berubat kat Pusat Rawatan Keraton, lupakan sajalah sebab semua tu tipu. sikit kesan pun tak ada. keadaan arwah bertambah teruk pabila arwah balik dari kl. langsung tak ada sedikit pun perubahan. kesian arwah. arwah begitu mengharapkan supaya dia sembuh setelah berubat di situ. tetapi ada juga manusia yang tidak punya hati dan perasaan. semuanya kabur dek kerana wang. jumlah kos pembedahan batin tersebut biarlah dirahsiakan ya.

Sejak arwah balik dari Kuala Lumpur, arwah ternyata semakin lemah. asyik-asyik keluar darah dari hidung dan mulut. tetapi pada 25.4.2010, keadaan arwah semakin teruk. kami 4 beranak baru balik daripada rumah ibu mertuaku.kira-kira sebelum pukul 8.00 malam, arwah memanggilku. dia berkata dia sudah tidak tahan lagi dengan kesakitan yand ditanggungnya. dia meminta aku carikan seseorang untuk bacakan yaasin untuknya. aku berkata 'ya'. lalu aku pun mahu pergi mengambil air wuduk, aku ingin membacakan yaasin untuknya. tetapi tidak lama selepas itu, aku terdengar hentakan loceng yang sangat kuat. aku pun bergegas ke bilik arwah dan aku terkejut melihat lantai biliknya dipenuhi darah pekat yang keluar daripada hidung dan mulutnya. aku cemas, terus call mak yang berada di kedai. darah terus-menerus keluar dari hidung dan mulut arwah. my hubby called ambulance. aku menemani arwah di dalam ambulans.

Setibanya di hospital, arwah dimasukkan ke wad kecemasan di red zone. mmg untuk kes2 kecemasan wad ni. kami (aku dan hubby) tidak dibenarkan untuk berada di dalam red zone. jadi kami tunggu di luar. ada juga abg2, anak buah arwah yang datang melawat arwah. tapi mereka tidak dibenarkan masuk. kami menunggu dan menunggu. dan doctor pun memanggil kami masuk. doc bertanyakan ttg keadaan arwah ketika di rumah dan bertanyakan ttg medical history arwah. setelah itu doctor cuba nak masukkan bandage ke dalam hidung arwah dengan menggunakan gunting besi. arwah mengelak. tapi doctor lebih pakar. mereka tahu apa yang mereka buat. setelah itu, doctor menerangkan kepada kami (aku dan hubby) yang keesokan paginya mereka akan scope ke dalam badan arwah untuk melihat perkembangan sel kansernya.

Kira-kira pada jam 2.00 pagi (26.4.2010), arwah telah dimasukkan ke wad ENT level 5. kami pun pergi berjumpa dengannya di situ. setibanya kami di situ, arwah sedang tenang tidur. nampak tenang sangat. sampai sekarang aku masih ingat lagi wajah arwah ketika itu. aku berniat tidak mahu menganggu arwah yang sedang tidur. tetapi, mungkin Allah mahu aku mendengar suara arwah buat kali terakhir, aku terlanggar end table di sisi katil besi arwah. arwah tersedar. lalu arwah berkata mak mana? suruh mak bawakan susu kepadanya. aku berkata ok dan aku meminta diri untuk balik.

Keesokan paginya, mak pergi melawat arwah di hospital. aku dan hubby amik cuti sebab terlampau penat. kira-kira pada jam 2.00 petang, kami melawat arwah di hospital. keadaannya okay saja. tapi bleeding masih juga sikit-sikit. doctor dari unit surgeri pun datang dan mencadangkan supaya tiub ditebuk di bahagian perut arwah untuk memberinya minum, masuk ubat dan sebagainya. doctor meminta persetujuan daripada kami. sebelum itu, doctor telah memasukkan tiub tersebut melalui mulutnya tetapi arwah tidak mahu dan menariknya keluar. oleh kerana itu lah, doctor mencadangkan agar tiub itu dimasukkan melalui pembedahan kecil di bahagian perut. kami bersetuju. segala ubat-ubatan tidak lagi dapat di'consume' secara oral kerana risau arwah akan menelan balik darah yang berada di tekaknya sebab itulah tiub harus dimasukkan. keputusan daripada scope pada pagi isnin itu ialah keadaan kansernya sudah semakin teruk. sel-sel kanser nya sudah pecah sebab itulah darah mula mengalir dari hidung dan mulutnya. di antara hidung dan mulut arwah, sudah terdapat lubang yang sangat besar sebab itulah darah melalui hidungnya juga keluar melalui mulut arwah.

Dalam waktu yang sama, doktor pakar ENT pun memanggil aku dan hubby dan menyatakan bahawa keadaan arwah sebenarnya sudah sangat teruk. mereka akan melakukan radiotherapy lagi pada petang itu untuk memberhentikan pendarahan. dalam bercakap dengan doctor tersebut, aku pun mendapat panggilan daripada sekolah Amina (anak bongsuku). cikgunya menyatakan bahawa amina diserang sawan ketika sedang tidur. ya Allah, pada masa itu, hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaanku. 2 perkara berlaku dalam satu masa yang sama. seorang ayah dan seorang anak. aku dan hubby pun bergegas menuju ke Klinik Petra. syukur Anjang and Pak Joe ada menemani arwah. setibanya di klinik petra, amina sedang menangis. dia sudah sedar. suhu badannya pun kurang dan dcotor menasihatkan agar kami membawanya ke hospital kerana ini kali pertama dia terkena sawan. kami pun membawanya ke hospital dan amina was admitted. the same level dengan arwah. cuma amina di wad kanak-kanak dan arwah di wad pesakit kanser.

pada kira2 lewat petang, aku call mak. nak bertanyakan di mana flask air panas. tapi 2 kali panggilan ku tidak berjawab. kali ke3 panggilan ku dijawab dengan tangisan daripada mak. mak suruh aku pergi ke wad arwah kerana darah nya sudah banyak sangat keluar. tidak dapat dihenti-henti lagi. aku pun bergegas berlari ke wad arwah. perjalanan ku rasa sangat jauhhh.. amina aku tinggalkan dengan suhaila (adik) dan ema (pekerja mak).

Setibanya aku d wad arwah, arwah sedang nazak. uncle2 dan auntie2 semua nya ada berkumpul. anak2 buah dan kazen pun ada. semua membacakan yaasin. arwah tercungap2. aku tidak pernah menyaksikan keadaan seserorang nazak. inilah kali pertama. dan segalanya tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. tidak cukup dengan hanya kata-kata. darah masih lagi keluar dari hidung dan mulutnya. kasihan melihat keadaan ayah sendiri begitu. tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa cuma mendoakan dia dan membaca yaasin. memegang tangannya dan mengusap-usap kepalanya. itu saja yang mampu kami lakukan. yang selebihnya, Allah Maha Kuasa. kakinya sudah mula turun. orang kata kalau nak 'pergi' kaki akan turun. kaki arwah pun sudah turun dan berwarna kekuningan. kasihan sungguh. arwah yang dahulunya sihat, suka memasak, suka makan, suka bergurau, suka bercakap sudah menjadi sebegini rupa. lemah selemah-lemahnya. tidak sampai hati melihat arwah sebegitu rupa. berbeza sungguh arwah di saat itu. kasihan arwah...

Aku ingat lagi pada malam itu juga, dua kali mata arwah terbuka dengan sihat. untuk pengetahuan, muka/pipi kiri arwah sudah kembang dan menutup mata kirinya menyebabkan arwah tidak dapat membuka mata kirinya. tetapi pada malam itu 2 kali matanya terbuka. mungkin nak melihat kami semua buat kali terakhir. mulutnya terkumat kamit hendak memberitahu sesuatu tetapi tidak keluar. yang keluar hanyalah darah dan buih-buih darah dari mulutnya. aku sayang ayah. aku sempat membisikkan 'saya minta maaf. saya rela ayah pergi' ke telinga kirinya. sedih sangat pada waktu itu...ayah tidak mampu lagi menjawab, ada linangan air mata dari matanya. kasihan ayah...kasihan ayah...maafkan saya ayah, saya tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu hanya mampu berdoa...aku memegang erat tangan arwah. mak pada ketika itu sudah tidak mampu lagi menangis. tapi aku tahu jauh di dalam hatinya begitu sedih. iyalah teman sehidup akan pergi tidak lama lagi. sebelum itu, doctor ada memanggil mak dan aku dan dia memberitahu ayah tidak akan bertahan lama. maybe setengah jam lagi, satu jam lagi. tapi yang pasti malam ini dia akan pergi. aku redha dengan berita itu. aku redha.

Tepat jam 9.13pm, setelah disahkan, ayah sudah tidak ada lagi. aku masih tidak percaya dan aku bertanya pada Pak Joe, 'benarkah?'. dia menjawab 'iya'. wajah ayah kutatap buat kali terakhir. tenang saja wajahnya. cukuplah seksa nya di dunia, dia telah pergi dengan tenang. Allah Maha Adil. aku memeluk mak yang sedang menangis. kulihat adik-adikku pun menangis...adik bongsuku, Bean, tidak mengerti apa-apa. tetapi wajahnya sangat sedih...ya Allah, kau ampunkan d0sa-dosa ayahku dan tempatkan lah nya di kalangan org yang beriman. aku rela dirinya pergi menemuiMu, ya Allah...Al-Fatihah...Yaasin buat Allahyarham Suhaimi bin Amin, insan yang telah membesarkan kami adik beradik...Al-Fatihah...

3 comments:

  1. sedih mek baca mel.. bergenang air mata.. sib bait sorang jak lam bilit... redha jak dgn pemergiannya k.. dpd nya terseksa biarlah nya pegi.. xpat mek imagine darah byk keluar x renti2 ya...dh la bapak ngh nazak anak pun sakit juak time ya... mst x tentu arah nyawa ktk... tp ria ms gi umh ktk mak ktk tang cool jak.. tp dlm ati x sapa tauk nk? respek mek ngn mak ktk... semoga arwah bpk ktk tenang di sinun... salu jak sedekah yassin ngn nya..

    ReplyDelete
  2. hai Mel...aku mena2 sedih maca tok..setiap dugaan semua datang dari Allah..sentiasa sabar.Allah menguji sbb Nya maok kita hamba nya dekat kepadaNya...tdk aku search blog kwn ku..ya tek tertemu blog kau..Al-Fatihah kpd arwah bapak ko Mel.Semoga roh nya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yang beriman.InsyaAllah.

    Mas

    ReplyDelete
  3. Hi Emilda, sori to hear bout ur dad. Id like to express my condolences to u n ur family. May he rest in peace.

    ReplyDelete