Di dalam kehidupan ini, terlalu banyak pengalaman pertama yang pernah kita lalui. Ada yang manis dan ada yang pahit. Namun, bagiku, pengalaman pertama yang paling manis dalam kehidupanku ialah ketika mendapat anak sulungku dan bergelar ibu.
Sudah semestinya, sebelum melahirkan, perasaan ini bercampur baur. Gementar, takut, teruja, sedih, gembira. Semuanya ada pada satu masa yang sama. Namun, setelah selamat melahirkan, dan selepas melepasi perjuangan selama berjam-jam itu, hanya satu rasa sahaja yang dapat kuungkapkan. GEMBIRA. (:. Betapa lengkapnya duniaku sekarang kerana telah bergelar ibu dan aku telah melahirkan seorang lagi manusia di muka bumi ini.
Cabaran pertama sudah berjaya kuatasi. Sekarang tiba cabaran yang seterusnya. Sepanjang tempoh berpantang, buat pertama kalinya diriku diuji lagi dari segi mental dan emosi. Terutamanya pada sebelah malam, di mana bayiku kadang-kadang meragam mahukan susu ataupun adakalanya dia tidak henti-henti menangis. Ada juga ketikanya, aku sampai tidak tahu apa yang dikehendakinya. Memang tidak dinafikan, banyak kali aku terjaga daripada tidurku dek mendengar tangisan halus dari anakku. Pada waktu-waktu itu, betapa penat kurasakan seluruh badanku. Aku banyak kali bangkit dari tidur demi anakku, dan aku juga tidak mendapat tidur yang secukupnya. Pada siangnya, badanku terasa penat sekali. Wajahku pun nampak kusam. Namun, pabila kurenung kembali wajah anakku yang lena dalm tidurnya (barangkali kekenyangan), badanku terus terasa segar kembali, seperti tidak ada apa-apa yang pernah berlaku. Betapa kuatnya penangan anakku terhadap diriku.
Masa pun berlalu meninggalkan aku. Anakku pula semakin sudah semakin besar. Alhamdulillah, kesihatannya berada di tahap yang memuaskan. Aku cukup bangga dan berpuas hati kerana hasil belaianku dan perhatianku, dia membesar menjadi seorang budak perempuan yang sihat. Kini, usianya 2 tahun 3 bulan. Dia juga telah mempunyai seorang adik yang muda setahun daripadanya. Sesungguhnya, anakku yang pertama itu telah banyak mengajarku tentang erti kehidupan. Dia telah mengajarku tentang makna sebenar kasih sayang, cinta, kesedihan dan paling penting sekali dia telah mengajarku untuk menjadi manusia yang lebih bersabar. Hasil ajaran daripada anakku itu telah menjadikan aku lebih berhati-hati dalam membesarkan anakku yang bongsu. Cuba lihat, kita, yang dewasa ini masih boleh belajar banyak perkara daripada anak-anak kecil.
Di kesempatan ini, ingin sekali aku mengucapkan terima kasih kepada Delia Aisha kerana, tanpamu, mama hanyalah seorang manusia yang belum lengkap dan menjadikan pengalaman pertama mama ini yang paling indah dalam kehidupan mama. Semoga kehidupanmu dan adikmu, Delaila Amina diberkati, dunia dan akhirat. Amin.

No comments:
Post a Comment